20 Oktober 2009

Zakat

Pada 20 Oktober 2009, pihak Jabatan Agama Islam Sabah Daerah Tenom telah membuat penyerahan zakat kepada sekolah ini. Jumlah zakat yang telah diserahkan ialah sebanyak RM10 000 (Sepuluh Ribu Ringgit).

11 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di sekolah ini pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 09 Oktober 2009
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna, SK Ladang Sapong, Tenom.
Guru besar sekolah ini Puan Emma Ismail merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Encik Ajmal Haji Jumah serta rombongannya kerana sudi hadir dalam majlis ini.

Encik Ajmal Haji Jumah
Pegawai Pelajaran Daerah Tenom ( Kedua dari kiri)
Puan Emma Ismail (Guru Besar), Encik Pinihing Medsimin (PK Hem), Encik Shamsudin Akil (Penyelia pelajaran Daerah)
Encik Mohamad Jaapar (PK KOKUM), Encik Shamsudin Akil (Penyelia Pelajaran Daerah), Encik Sugiyanto Trimo (Penyelia Pelajaran Daerah), Encik Clarence F. Ganang (PK I)

Sambutan Satu Malaysia

Pada 09 Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat sekolah ini telah mengadakan sambutan Satu Malaysia. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari ialah ceramah tentang Satu Malaysia yang disampaikan oleh Encik Clarence F. Ganang (Penolong Kanan I). Pertandingan pakaian; Baju melayu, baju kurung, pakaian etnik.

Penyelaras aktiviti ini Encik Mohamad Jaapar (Penolong Kanan KOKUM) merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru serta murid-murid kerana bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.