23 Mac 2010

Praktikum

Warga sekolah ini berbesar hati dengan kehadiran seorang guru Reka Bentuk dan Teknologi dari Institut Perguruan Keningau kerana sudi menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Beliau ialah Encik Hayrold Lim Khai Khian yang berasal dari Sarawak. Beliau akan berada di sekolah ini selama sebulan. Semoga beliau akan berasa selesa semasa berada di sekolah ini.


Encik Hayrold Lim Khai Khian
Opsyen : Reka Bentuk dan Teknologi

ROS Tahun 2010

Masyarakat sekitar kawasan Ladang Sapong patut berbangga kerana kini seorang lagi bekas pelajar di sekolah ini sedang menjalani ROS. Beliau ialah Encik Suhaili Bin Minggu. Pada masa ini beliau sedang menjalani latihan perguruan di Institut Perguruan Kent, Tuaran. Semoga dengan kehadiran beliau di sekolah ini akan menjadi teladan kepada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah ini untuk terus maju dalam apa jua bidang yang diceburi.

Encik Suhaili Bin Minggu
Opsyen : Pemulihan Khas