Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Semasa. Papar semua catatan

18 Mei 2010

Sambutan Hari Guru 2010

Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan di sekolah ini pada 18 Mei 2010. Antara aktiviti yang diadakan sempena hari guru ini ialah mentor menti, murid memberikan hadiah kepada guru dan lain-lain lagi.
Guru besar sekolah ini Puan Emma Ismail telah memberikan beberapa amanat kepada guru-guru. Antaranya, beliau menyeru kepada semua guru agar sentiasa memperbaiki mutu kualiti diri dalam mendidik murid-murid agar mencapai kejayaan yang cemerlang seterusnya menjadi pemimpin yang terunggul pada masa akan datang sesuai dengan tema hari guru pada tahun ini "Guru Pembina Negara Bangsa"
Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini dan juga semua guru di seluruh Malaysia.







































Lawatan Klinik Kesihatan 2010

Pada 18 Mei 2010 dua orang pegawai perubatan dari Hospital Daerah Tenom telah mengadakan lawatan susulan ke sekolah ini bagi memastikan tahap kesihatan para murid berada pada tahap yang terbaik. Dua orang pegawai kesihatan yang dimaksudkan ialah Encik Helyex Zeno Vincent dan Cik JT Siti J. Fariza.
Antara aktiviti dalam lawatan kesihatan adalah seperti berikut :
Tahap 1
1. Pemeriksaan mata
2. Pemberian ubat cacing
Tahap 2
1. Pemberian ubat cacing
pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas khidmat yang diberikan kepada sekolah ini.


























15 Mei 2010

Gotong-Royong Perdana 2010

Sekolah ini telah mengadakan gotong-royong perdana pada 15 Mei 2010 bermula pada pukul 7.30 pagi. Guru-guru, para pekerja Syarikat Sime Derby dan murid-murid telah berjaya melaksanakan gotong-royong ini.
Pihak sekolah merakam ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program gotong-royong ini terutama sekali kepada pihak Syarikat Sime Derby yang memberi perhatian penuh kepada sekolah ini dengan menghantar seramai 16 orang pekerjanya.









10 Mei 2010

UNITAR 2010

Sekolah ini menerima kehadiran dua orang pelajar dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) yang menjalani aktiviti ROS di sekolah ini. Mereka akan berada di sekolah ini bermula pada 10 Mei 2010 hingga 14 Mei 2010. Pihak sekolah berharap kedua-dua pelajar ini akan mendapat maklumat yang diperlukan serta selesa semasa berada di sekolah ini.

Nama : Jahara Binti Saini
Bidang : English (BED) Hons
Asal : Kampung Pantongan, Tenom.

Nama : Olivia Binti Biging
Bidang : Commerce (BED) Hons
Asal : Kampung Baru Jumpa, Tenom

09 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG di sekolah ini telah diadakan pada 09 April 2010 bertempat di Dewan Muhibbah SK Ladang Sapong, Tenom.
Pengerusi PIBG yang lama Encik Amin Yakub masih diberi kepercayaan untuk meneraju tugas tersebut. Beliau telah dilantik semula sebagai pengerusi PIBG yang baru. Ahli-ahli jawatankuasa yang lama turut dilantik semula.
Pengerusi PIBG merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir dalam mesyuarat. Beliau berharap pada tahun ini semua rancangan yang dibuat akan terlaksana. Ucapan terim kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat ini