02 Oktober 2010

Sambutan Majlis Penutupan Bulan Merdeka dan Jamuan Hari Raya 2010


Sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya telah diadakan secara serentak pada 2 Oktober 2010 bersamaan Hari Sabtu bertempat di Dewan Muhibbah Sekolah Sk Ladang Sapong. Semua murid dan juga guru-guru turut datang memeriahkan majlis tersebut. Tidak kurang juga ibu bapa yang turut datang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.


Murid-murid ketika menyanyikan lagu 'Merdeka!'

Guru Besar, Puan Emma Ismail, dalam ucapannya berharap agar murid-murid bukan sahaja melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Tetapi seharusnya benar-benar 'merdeka' terutamanya dari segi sikap malas atau negatif terhadap pelajaran. Itulah erti kemerdekaan sebenar bagi seorang murid.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa


Ucapan daripada Pengerusi aktiviti Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Cikgu Dzulkifli Asrih




Guru Besar bersama dengan PK 1, PK HEM, dan PK Kokum

Pelbagai acara yang telah dipertandingkan sama ada semasa dalam bulan Kemerdekaan iaitu Pertandingan Kolaj dan Pertandingan Kelas Patriotik. Semasa majlis itu dilangsungkan antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Koir dan juga Pakaian Beragam (Kategori Baju Etnik dan Baju Raya).

Para peserta yang mengambil bahagian dalam Deklamasi Sajak














Pertandingan Koir Patriotik











Pertandingan Baju Etnik






Pertandingan Baju Raya












Juruacara majlis


Cikgu Jamiol


Cikgu Habibah


Para Hakim Pertandingan






Para peserta yang menang dalam acara-acara yang dipertandingkan










Pemenang Baju Etnik Tahap 1






Pemenang Baju Raya Tahap 1








Pemenang Baju Etnik Tahap 2







Pemenang Baju Raya Tahap 2





Pemenang Baju Etnik Terbaik Perempuan

Adik Polychristy Ivy

Pemenang Baju Etnik Terbaik Lelaki

Adik Jalson


Pemenang Baju Raya Terbaik Perempuan

Adik Norsyuhada


Pemenang Baju Raya Terbaik Lelaki

Adik Raznil


Selain daripada murid-murid, guru-guru juga dinilai melalui 'Pakaian Paling Sporting' yang dimenangi oleh Cikgu Asmah Patola dan Ust Hadzrul Fadillah Perlin.





Kategori kedua pula ialah "Pakaian Raya Terbaik "yang dimenangi oleh Cikgu Mazneh Majid bagi kategori dan sekali lagi dimenangi oleh Ust Hadzrul Fadillah Perlin.





Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan sejurus selepas berakhirnya Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan. Ucapan terima kasih Guru Besar kepada semua guru-guru yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah pada tengahari itu.