02 Jun 2009

Gambar-Gambar Semasa Perkhemahan 2009

















Gotong-Royong Perdana

Gotong-Royong Perdana telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 28 Mei 2009
Tempat : SK Ladang Sapong, Tenom


Gotong-royong perdana ini diadakan bagi membersihkan kawasan sekolah dan sempadan kawasan sekolah.


Kehadiran ibu bapa dalam gotong-royong ini sangat menggalakkan. Pihak sekolah amat menghargai keperihatinan serta kerjasama yang diberikan. Semoga hubungan ibu bapa serta guru-guru akan bertambah akrab.


Encik Clarence F. Ganang ( Pen. Kanan 1 - Kiri )

Encik Amin Yakub ( Yang Dipertua PIBG - Kanan )








Majlis Perpisahan

Majlis perpisahan untuk Cik Melincy Sibin telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 28 Mei 2009
Tempat : Bilik Guru
Cik Melincy Sibin dihantar bertugas di sekolah ini sebagai guru pengganti. Daripada pemerhatian pihak pentadbir di sekolah ini, beliau didapati telah menjalankan tugasnya dengan baik. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Semoga cita-cita ingin menjadi guru akan tercapai.















Perkhemahan Unit Beruniform 2009

Perkhemahan unit beruniform sekolah ini telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 23 dan 24 Mei 2009
Tempat : Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.

Antara persatuan unit beruniform yang menyertai perkhemahan ialah Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam. Seramai 50 orang murid telah menyertai perkhemahan ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Syarikat Sime Darby Berhad yang sudi menaja perkhemahan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman Pertanian Lagud Sebrang Tenom yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua guru, individu yang terlibat secara langusng atau tidak langsung bertungkus-lumus semata-mata untuk menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

Ucapan terima kasih yang seterusnya ditujukan kepada semua penyumbang-penyumbang hadiah.

Akhir sekali, pihak pengurusan perkhemahan memohon maaf sekiranya ada membuat kesilapan atau kekurangan semasa aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Semoga bersua lagi pada tahun hadapan..

Encik Jumaat Ibrahim -Pen. Pengurus Taman. (Kiri)
Encik Mohamad Jaapar -Pen. Kanan KOKUM. (Kanan)