02 Jun 2009

Perkhemahan Unit Beruniform 2009

Perkhemahan unit beruniform sekolah ini telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 23 dan 24 Mei 2009
Tempat : Taman Pertanian Lagud Sebrang, Tenom.

Antara persatuan unit beruniform yang menyertai perkhemahan ialah Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Puteri Islam. Seramai 50 orang murid telah menyertai perkhemahan ini.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Syarikat Sime Darby Berhad yang sudi menaja perkhemahan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Taman Pertanian Lagud Sebrang Tenom yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua guru, individu yang terlibat secara langusng atau tidak langsung bertungkus-lumus semata-mata untuk menjayakan aktiviti perkhemahan ini.

Ucapan terima kasih yang seterusnya ditujukan kepada semua penyumbang-penyumbang hadiah.

Akhir sekali, pihak pengurusan perkhemahan memohon maaf sekiranya ada membuat kesilapan atau kekurangan semasa aktiviti perkhemahan ini dijalankan. Semoga bersua lagi pada tahun hadapan..

Encik Jumaat Ibrahim -Pen. Pengurus Taman. (Kiri)
Encik Mohamad Jaapar -Pen. Kanan KOKUM. (Kanan)

















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan