15 September 2011

Program Sepanjang Bulan September

21hb September 2011 (Rabu)

A) Pertandingan Koir Patriotik

B) Pertandingan Deklamasi Sajak


22hb September 2011 (Khamis)

Penutupan Hari Kemerdekaan - Sambutan Raya Peringkat Sekolah


27hb-28hb September 2011 (Selasa & Rabu)

Sukan Peringkat Sekolah Sk Ladang Sapong

07 Februari 2011

Taklimat Guru 07 Februari 2011

Program Maulidur Rasul Sekolah

Panita Pendidikan Agama Islam akan mengadakan Program Maulidur Rasul Peringkat Sekolah.

Tarikh: 18 Februari 2011

Hari: Jumaat

Masa: 7.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat: Dewan sekolah

Bagi pelajar bukan Islam pula akan mengadakan pengisian yang berkaitan dengan Pendidikan Moral dalam tempoh masa yang diberikan.



Program Badan Displin Sekolah

"Disiplin Menjana Kecemerlangan"


Badan Disiplin Sekolah akan mengadakan satu ceramah khas kepada semua murid SKLS yang akan disampaikan oleh pihak Polis. Butir-butir program adalah seperti berikut:

Tempat: Dewan Sekolah

Tarikh: 22 Februari 2011

Hari: Selasa

Masa: 7.00 pagi - 10.30 pagi

Tajuk Ceramah: "Jenayah: Punca dan Akibat"



11 Januari 2011

Latihan Sukan MSS Zon 4 Sapong

Pada Minggu ke- 2 persekolahan , Badan Kokum sekolah ini telah memulakan latihan sukan sebagai persediaan kepada murid-murid yang akan bertanding untuk MSS Zon Sapong pada 18hb dan 19hb ini dimana SJK(C) Tsi Tsin akan menjadi tuan rumah.



Murid-murid melakukan 'Warm-up' bagi mengelakkan kecederaan




Antara latihan bagi acara padang dan balapan..







09 Januari 2011

Guru Baru

Pada awal tahun ini, dua orang guru baru di sekolah ini telah memulakan tugas mereka. Mr Marshal, sebelum ini pernah bertugas di Sk Sahabat Dua, Lahad Datu sebelum berpindah ke sekolah ini akan mengajar Bahasa Inggeris. Manakala Cik Nomie Minsin sebelum ini mengajar di Sk Mansud, Kuala Penyu akan mengajar subjek Kajian Tempatan. Pihak sekolah berharap agar mereka berasa selesa dan gembira menjalankan tugas mereka di sekolah ini.

Mr Marshal Ignatius


Cik Nomie Minsin






Selamat Tahun Baru 2011


Salam 1 Malaysia,
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Sk Ladang Sapong. Pastinya tahun 2010 meninggalkan banyak kenangan pada kita semua. Pahit,manis, suka dan duka semuanya adalah lumrah kehidupan sebagai seorang manusia. Apalagi kita sebagai pendidik. Sama ada tercapai atau tidak target kita, kita masih mempunyai tahun ini, 2011 untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap pencapaian sekolah mahupun matlamat kita sendiri. Semoga tahun 2011 ini akan menjadi tahun yang terbaik bagi SKLS. Selamat Berjuang kepada rakan-rakan pendidik!

02 Oktober 2010

Sambutan Majlis Penutupan Bulan Merdeka dan Jamuan Hari Raya 2010


Sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya telah diadakan secara serentak pada 2 Oktober 2010 bersamaan Hari Sabtu bertempat di Dewan Muhibbah Sekolah Sk Ladang Sapong. Semua murid dan juga guru-guru turut datang memeriahkan majlis tersebut. Tidak kurang juga ibu bapa yang turut datang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.


Murid-murid ketika menyanyikan lagu 'Merdeka!'

Guru Besar, Puan Emma Ismail, dalam ucapannya berharap agar murid-murid bukan sahaja melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Tetapi seharusnya benar-benar 'merdeka' terutamanya dari segi sikap malas atau negatif terhadap pelajaran. Itulah erti kemerdekaan sebenar bagi seorang murid.


Majlis dimulakan dengan bacaan doa


Ucapan daripada Pengerusi aktiviti Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Cikgu Dzulkifli Asrih




Guru Besar bersama dengan PK 1, PK HEM, dan PK Kokum

Pelbagai acara yang telah dipertandingkan sama ada semasa dalam bulan Kemerdekaan iaitu Pertandingan Kolaj dan Pertandingan Kelas Patriotik. Semasa majlis itu dilangsungkan antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Koir dan juga Pakaian Beragam (Kategori Baju Etnik dan Baju Raya).

Para peserta yang mengambil bahagian dalam Deklamasi Sajak














Pertandingan Koir Patriotik











Pertandingan Baju Etnik






Pertandingan Baju Raya












Juruacara majlis


Cikgu Jamiol


Cikgu Habibah


Para Hakim Pertandingan






Para peserta yang menang dalam acara-acara yang dipertandingkan










Pemenang Baju Etnik Tahap 1






Pemenang Baju Raya Tahap 1








Pemenang Baju Etnik Tahap 2







Pemenang Baju Raya Tahap 2





Pemenang Baju Etnik Terbaik Perempuan

Adik Polychristy Ivy

Pemenang Baju Etnik Terbaik Lelaki

Adik Jalson


Pemenang Baju Raya Terbaik Perempuan

Adik Norsyuhada


Pemenang Baju Raya Terbaik Lelaki

Adik Raznil


Selain daripada murid-murid, guru-guru juga dinilai melalui 'Pakaian Paling Sporting' yang dimenangi oleh Cikgu Asmah Patola dan Ust Hadzrul Fadillah Perlin.





Kategori kedua pula ialah "Pakaian Raya Terbaik "yang dimenangi oleh Cikgu Mazneh Majid bagi kategori dan sekali lagi dimenangi oleh Ust Hadzrul Fadillah Perlin.





Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan sejurus selepas berakhirnya Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan. Ucapan terima kasih Guru Besar kepada semua guru-guru yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah pada tengahari itu.