22 September 2010

UPSR 2010


Hari ini merupakan hari yang terakhir peperiksaan bagi pelajar tahun 6 yang sedang menduduki UPSR. Pastinya pelbagai perasaan melanda di hati dan fikiran setiap murid bahkan juga guru-guru khasnya guru-guru Tahun 6. Semoga murid-murid dan juga guru-guru mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang telah mereka curahkan. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan anak-anak murid kita.


Suasana di dewan peperiksaan ...


Murid-murid sedang menyediakan alat tulis sebelum masuk dewan



Ust Hadzrul dan Cikgu Suhaimey turut membantu memberi kata-kata perangsang kepada murid-murid sebelum peperiksaan bermula



Para pengawas peperiksaan sedang menyediakan kertas peperiksaan



Menggunakan saat-saat terakhir sebelum peperiksaan dimulakan






Wajah murid-murid sebelum bermulanya peperiksaan




Sir Jerus memaklumkan kepada murid-murid untuk berkumpul selepas tamat peperiksaan bagi mengisi borang masuk ke tingkatan



Guru Besar dan guru-guru yang mengambil berat tentang kebajikan murid.

18 September 2010

Berakhirnya Perkampungan UPSR

Aktiviti berkampung selama 5 hari 4 malam di Sk Ladang Sapong diakhiri dengan majlis penutupan yang ringkas pada 18 September 2010. Ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan aktiviti berjalan dengan lancar dan baik. Tidak lupa juga kepada pihak individu yang turut membantu untuk menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan program yang julung kali diadakan ini, prestasi sekolah akan lebih bertambah baik.


Imbasan keseluruhan aktiviti...