09 April 2010

Mesyuarat Agung PIBG 2010

Mesyuarat Agung PIBG di sekolah ini telah diadakan pada 09 April 2010 bertempat di Dewan Muhibbah SK Ladang Sapong, Tenom.
Pengerusi PIBG yang lama Encik Amin Yakub masih diberi kepercayaan untuk meneraju tugas tersebut. Beliau telah dilantik semula sebagai pengerusi PIBG yang baru. Ahli-ahli jawatankuasa yang lama turut dilantik semula.
Pengerusi PIBG merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir dalam mesyuarat. Beliau berharap pada tahun ini semua rancangan yang dibuat akan terlaksana. Ucapan terim kasih kepada semua yang hadir dalam mesyuarat ini











Penutupan Aktiviti Pusat Sumber 2010

Penutupan Aktiviti Pusat Sumber telah berlangsung pada 08 April 2010 di Dewan Muhibbah SK Ladang Sapong, Tenom. Upacara penutupan program ini telah dilakukan oleh Guru Besar SK Ladang Sapong, Tenom.
Aktiviti ini telah berlangsung selama sebulan. Puan Ringsinda Paras selaku guru media di sekolah ini merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Puan Emma Ismail

(Guru Besar)

Encik Pinihing Medsimin (Pen. Kanan HEM), Puan Emma Ismail (Guru Besar), Puan Ringsinda Paras (Guru Media & Pusat Sumber)