21 Ogos 2009

ROS

Pada 17 Ogos 2009 seramai tiga orang guru dari IPGM Tawau telah menjalani ROS di sekolah ini. Mereka akan berada di sekolah ini selama seminggu bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 21 Ogos 2009. Semoga mereka mendapat ilmu yang berfaedah di sekolah ini walaupun dalam masa yang singkat.

Maznah Binti Massi
(PISMP Pemulihan)


Aida Binti Jabir
(PISMP Pemulihan)

Fahimah Binti Md Sadar (kanan)
(PISMP Pemulihan)

Orang Baru

Pada bulan Mei 2009 seorang ustaz telah dihantar bertugas di sekolah ini. Beliau ialah Encik Roslin Rosli berasal dari daerah Tambunan. Beliau akan bertugas di sekolah sehingga hujung tahun ini berdasarkan kepada surat perlantikannya.

11 Ogos 2009

Perlawanan Persahabatan - Bola Sepak

Baru-baru ini telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) SK ladang Sapong dengan Pasukan Gabungan Guru-Guru Semenanjung (GGGS) di Kompleks Sukan Tenom. Keputusan perlawanan ialah Pasukan PIBG SK Ladang Sapong mengalahkan Pasukan GGGS dengan jaringan gol 6 berbalas 2.
Menurut ketua pasukan PIBG SK Ladang Sapong Encik Boni Boss, perlawanan ini diadakan semata-mata untuk mengeratkan hubungan sesama insan. Tambah beliau, dengan ada aktiviti seperti ini sudah tentu cita-cita perdana menteri untuk mewujudkan satu Malaysia akan terlaksana.


Ramlan
Mohd Zairi


Berdiri : Ren, Boni, Roslin, Mohd Zairi, Jamil.
Duduk : Ramlan, William, Jafrin, Erwin, Pinihing