12 Januari 2010

Guru Pendidikan Khas

Sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk memulakan kelas pendidikan khas. Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong merupakan sekolah yang kedua yang melaksanakan kelas pendidikan khas.
Pada ketika ini, kelas pendidikan khas telah pun memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun kelengkapan yang sepatutnya ada belum diperolehi.
Guru kelas pendidikan khas yang dihantar ke sekolah ini ialah Cik Felicia Nandu dan Encik Donny Koh Gan Ho. Pihak sekolah berharap semoga mereka akan berasa ceria dan gembira menjalankan tugas di sekolah ini.


Cik Felicia Nandu
IP Gaya, Kota Kinabalu


Donny Koh Gan Ho
IP Kent, Tuaran.

Guru Bahasa Inggeris

Pada 04 Januari 2010 seorang guru bahasa Inggeris iaitu Encik Jason William telah memulakan tugasnya di sekolah ini. Beliau sebelum ini pernah bertugas di negeri Sarawak. Semoga beliau akan berasa selesa dan gembira di sekolah ini.


Encik Jason William