29 Julai 2009

Solat Hajat

Pihak sekolah telah mengadakan beberapa program bagi meningkatkan pencapaian prestasi UPSR 2009. Antaranya ialah mengadakan solat hajat. Program ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut
Tarikh : 23 Jun 2009
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Syekih Abdullah, Ladang Sapong, Tenom.

Pihak sekolah merakam ucapan terima kasih kepada pihak Sime Darby Sdn Bhd yang sudi menaja program ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa semata-mata menyokong segala program yang diadakan oleh pihak sekolah. Semoga kerjasama yang diberi akan berterusan pada masa akan datang.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.