17 Mei 2009

Perlawanan Bola Sepak PIBG

Tahniah kepada pasukan bola sepak wanita (PIBG) yang menjuarai perlawanan bola sepak yang dianjurkan oleh Sime Darby.


Tarikh : 17 Mei 2009

Masa : 4.00 petang


Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat merapatkan lagi hubungan guru-guru dengan ibu bapa. Hubungan yang rapat sudah pasti akan dapat membuahkan hasil dalam apa jua aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang.







































16 Mei 2009

Kem Bestari Solat

Kem Bestari Solat buat kali pertama diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 16 Mei 2009

Masa : 08.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat : SK ladang Sapong, Tenom.

Gambar Semasa Kem Bestari Solat



Program Motivasi

Bagi tujuan meningkatkan lagi mutu pencapaian para pelajar dalam peperiksaan UPSR tahun 2009 satu ceramah motivasi telah diadakan pada 16 Mei 2009 di sekolah ini. Ceramah motivasi
tersebut telah disampaikan oleh Encik Adnan Muslim seorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam bidang ini.

Encik Adnan Muslim

(Guru Bimbingan / SK Pekan Tenom)

Semua pihak khusus warga SK Ladang Sapong mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau menyampaikan ceramah motivasi tersebut. Semoga dengan ceramah yang disampaikan akan dapat membangkitkan semangat para pelajar untuk melipat gandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Gambar-Gambar Semasa Ceramah Motivasi











15 Mei 2009

Hari Guru Tahun 2009

Sambutan hari guru telah diadakan di sekolah ini pada 15 Mei 2009 hari Jumaat. Beberapa acara telah diadakan. Antara acara yang telah diadakan ialah perlawanan futsal, bola baling, penyampaian hadiah kepada semua guru.

Antara hadiah yang diterima oleh guru-guru ialah berupa hamper yang telah disumbangkan oleh Sime Darby bagi menghargai jasa guru-guru di sekolah ini. Murid-murid juga tidak ketinggalan menyampaikan hadiah kepada guru-guru yang mereka sayangi.

Sambutan hari guru yang diadakan telah memberi kesan positif yang mendalam kepada semua di sekolah ini....Selamat Hari Guru Tahun 2009.
Encik Clarence F. Ganang
Gambar Kenangan Semasa Sambutan Hari Guru