30 Mei 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010

Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform sekolah pada tahun telah diadakan seperti berikut :
Tarikh : 28, 29 dan 30 Mei 2010
Tempat : Kawasan Rekreasi Fatt Choi, Tenom
Antara aktiviti yang diadakan dalam perkhemahan pada tahun ialah teknik ikatan, pertolongan cemas, ikhtiar hidup, kawad kaki, hiking, malam seribu bintang dan lain-lain lagi.
Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada :
1. Semua individu yang terlibat dalam program ini.
2. kilang Kopi Fatt Choi
3. Syarikat Sime Darby (Penaja Aktiviti ini)
Semoga apa yang telah disampaikan/dilaksanakan dalam program akan memberi faedah kepada semua.
















































Lawatan Ke Kilang Kopi Fatt Choi

Semasa aktiviti perkhemahan diadakan di lokasi khas bagi sebarang aktiviti kepunyaan Kilang Kopi Fatt Choi sekolah ini bertuah kerana telah diundang untuk melawat ke kilang memproses kopi.
Pengurus Besar Kilang Kopi Fatt Choi Tenom Encik Foong Chong Sang sendiri membawa rombongan masuk ke kilang tersebut dengan menerangkan bagaimana kopi dihasilkan. Menurut beliau, kilang ini telah beroperasi selama 24 tahun. Slogan bagi kilang kopi ini ialah "KOPI FATT CHOI SEDAPPPPP". Rombongan ini turut disajikan dengan pelbagai jenis kopi.
Rombongan ini juga telah dijemput untuk menyertai pertandingan aktiviti memancing di kolam berhampiran dengan kilang kopi ini.
Pihak sekolah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurus besar bagi kilang ini kerana melayan rombongan ini dengan baik dan mesra..