30 Mei 2010

Lawatan Ke Kilang Kopi Fatt Choi

Semasa aktiviti perkhemahan diadakan di lokasi khas bagi sebarang aktiviti kepunyaan Kilang Kopi Fatt Choi sekolah ini bertuah kerana telah diundang untuk melawat ke kilang memproses kopi.
Pengurus Besar Kilang Kopi Fatt Choi Tenom Encik Foong Chong Sang sendiri membawa rombongan masuk ke kilang tersebut dengan menerangkan bagaimana kopi dihasilkan. Menurut beliau, kilang ini telah beroperasi selama 24 tahun. Slogan bagi kilang kopi ini ialah "KOPI FATT CHOI SEDAPPPPP". Rombongan ini turut disajikan dengan pelbagai jenis kopi.
Rombongan ini juga telah dijemput untuk menyertai pertandingan aktiviti memancing di kolam berhampiran dengan kilang kopi ini.
Pihak sekolah ini merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurus besar bagi kilang ini kerana melayan rombongan ini dengan baik dan mesra..










2 ulasan:

  1. Tanpa Nama25/4/11 17:05

    hi blh tnya ke lau pergi ladang kopi sana ambil berapa lama perjalanan?????Encik

    BalasPadam