16 November 2009

Sukan sekolah Sesi 2010

Temasya sukan sekolah buat kali yang ke-38 telah di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 16 November 2009
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang Besar Ladang Sapong, Tenom.

Pihak warga sekolah mengucapkan ribuan terima kepada Syarikat Sime Derby yang telah membantu membiayai perlaksanaan acara sukan ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang telah membantu dalam menjayakan acara ini.

















10 November 2009

Lawatan Ke Ranau

Pada 7 dan 8 November 2009 murid-murid tahun 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ranau. Antara tempat yang telah dilawati ialah Ladang Tenusu, Nasional Park, Kolam Air Panas Poring, Air Terjun Mahua, TVRC. Rombongan ini telah menginap di Lohan Rest House, Ranau.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Syarikat Sime Derby yang telah membiayai segala kos dalam lawatan ini.









20 Oktober 2009

Zakat

Pada 20 Oktober 2009, pihak Jabatan Agama Islam Sabah Daerah Tenom telah membuat penyerahan zakat kepada sekolah ini. Jumlah zakat yang telah diserahkan ialah sebanyak RM10 000 (Sepuluh Ribu Ringgit).

11 Oktober 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri telah diadakan di sekolah ini pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tarikh : 09 Oktober 2009
Masa : 7.00 malam
Tempat : Dewan Serbaguna, SK Ladang Sapong, Tenom.
Guru besar sekolah ini Puan Emma Ismail merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pegawai Pelajaran Daerah Tenom Encik Ajmal Haji Jumah serta rombongannya kerana sudi hadir dalam majlis ini.

Encik Ajmal Haji Jumah
Pegawai Pelajaran Daerah Tenom ( Kedua dari kiri)
Puan Emma Ismail (Guru Besar), Encik Pinihing Medsimin (PK Hem), Encik Shamsudin Akil (Penyelia pelajaran Daerah)
Encik Mohamad Jaapar (PK KOKUM), Encik Shamsudin Akil (Penyelia Pelajaran Daerah), Encik Sugiyanto Trimo (Penyelia Pelajaran Daerah), Encik Clarence F. Ganang (PK I)

Sambutan Satu Malaysia

Pada 09 Oktober 2009 bersamaan hari Jumaat sekolah ini telah mengadakan sambutan Satu Malaysia. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada hari ialah ceramah tentang Satu Malaysia yang disampaikan oleh Encik Clarence F. Ganang (Penolong Kanan I). Pertandingan pakaian; Baju melayu, baju kurung, pakaian etnik.

Penyelaras aktiviti ini Encik Mohamad Jaapar (Penolong Kanan KOKUM) merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru serta murid-murid kerana bertungkus lumus dalam menjayakan aktiviti ini.




21 Ogos 2009

ROS

Pada 17 Ogos 2009 seramai tiga orang guru dari IPGM Tawau telah menjalani ROS di sekolah ini. Mereka akan berada di sekolah ini selama seminggu bermula pada 17 Ogos 2009 sehingga 21 Ogos 2009. Semoga mereka mendapat ilmu yang berfaedah di sekolah ini walaupun dalam masa yang singkat.

Maznah Binti Massi
(PISMP Pemulihan)


Aida Binti Jabir
(PISMP Pemulihan)

Fahimah Binti Md Sadar (kanan)
(PISMP Pemulihan)

Orang Baru

Pada bulan Mei 2009 seorang ustaz telah dihantar bertugas di sekolah ini. Beliau ialah Encik Roslin Rosli berasal dari daerah Tambunan. Beliau akan bertugas di sekolah sehingga hujung tahun ini berdasarkan kepada surat perlantikannya.

11 Ogos 2009

Perlawanan Persahabatan - Bola Sepak

Baru-baru ini telah diadakan perlawanan persahabatan bola sepak antara Pasukan Persatuan Ibu bapa Dan Guru (PIBG) SK ladang Sapong dengan Pasukan Gabungan Guru-Guru Semenanjung (GGGS) di Kompleks Sukan Tenom. Keputusan perlawanan ialah Pasukan PIBG SK Ladang Sapong mengalahkan Pasukan GGGS dengan jaringan gol 6 berbalas 2.
Menurut ketua pasukan PIBG SK Ladang Sapong Encik Boni Boss, perlawanan ini diadakan semata-mata untuk mengeratkan hubungan sesama insan. Tambah beliau, dengan ada aktiviti seperti ini sudah tentu cita-cita perdana menteri untuk mewujudkan satu Malaysia akan terlaksana.


Ramlan
Mohd Zairi


Berdiri : Ren, Boni, Roslin, Mohd Zairi, Jamil.
Duduk : Ramlan, William, Jafrin, Erwin, Pinihing


29 Julai 2009

Solat Hajat

Pihak sekolah telah mengadakan beberapa program bagi meningkatkan pencapaian prestasi UPSR 2009. Antaranya ialah mengadakan solat hajat. Program ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut
Tarikh : 23 Jun 2009
Masa : 6.00 petang
Tempat : Masjid Syekih Abdullah, Ladang Sapong, Tenom.

Pihak sekolah merakam ucapan terima kasih kepada pihak Sime Darby Sdn Bhd yang sudi menaja program ini.

Seterusnya, ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa semata-mata menyokong segala program yang diadakan oleh pihak sekolah. Semoga kerjasama yang diberi akan berterusan pada masa akan datang.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.