16 Mei 2009

Program Motivasi

Bagi tujuan meningkatkan lagi mutu pencapaian para pelajar dalam peperiksaan UPSR tahun 2009 satu ceramah motivasi telah diadakan pada 16 Mei 2009 di sekolah ini. Ceramah motivasi
tersebut telah disampaikan oleh Encik Adnan Muslim seorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam bidang ini.

Encik Adnan Muslim

(Guru Bimbingan / SK Pekan Tenom)

Semua pihak khusus warga SK Ladang Sapong mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian beliau menyampaikan ceramah motivasi tersebut. Semoga dengan ceramah yang disampaikan akan dapat membangkitkan semangat para pelajar untuk melipat gandakan lagi usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Gambar-Gambar Semasa Ceramah Motivasi











Tiada ulasan:

Catat Ulasan