12 Januari 2010

Guru Pendidikan Khas

Sekolah ini telah diberi kepercayaan untuk memulakan kelas pendidikan khas. Sekolah Kebangsaan Ladang Sapong merupakan sekolah yang kedua yang melaksanakan kelas pendidikan khas.
Pada ketika ini, kelas pendidikan khas telah pun memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun kelengkapan yang sepatutnya ada belum diperolehi.
Guru kelas pendidikan khas yang dihantar ke sekolah ini ialah Cik Felicia Nandu dan Encik Donny Koh Gan Ho. Pihak sekolah berharap semoga mereka akan berasa ceria dan gembira menjalankan tugas di sekolah ini.


Cik Felicia Nandu
IP Gaya, Kota Kinabalu


Donny Koh Gan Ho
IP Kent, Tuaran.

1 ulasan:

  1. Terima kasih kepada sekolah ini kerana mampu menyediakan yang terbaik bagi permulaan kelas ini. Kami berasa sangat beruntung kerana diberi peluang sebagai perintis kelas pendidikan khas di sekolah ini. Sokongan dan kerjasama guru-guru sangat kami hargai.Semoga sekolah kita akan terus cemerlang..

    BalasPadam