Sambutan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Jamuan Hari Raya telah diadakan secara serentak pada 2 Oktober 2010 bersamaan Hari Sabtu bertempat di Dewan Muhibbah Sekolah Sk Ladang Sapong. Semua murid dan juga guru-guru turut datang memeriahkan majlis tersebut. Tidak kurang juga ibu bapa yang turut datang memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.
Guru Besar, Puan Emma Ismail, dalam ucapannya berharap agar murid-murid bukan sahaja melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!" Tetapi seharusnya benar-benar 'merdeka' terutamanya dari segi sikap malas atau negatif terhadap pelajaran. Itulah erti kemerdekaan sebenar bagi seorang murid.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa
Ucapan daripada Pengerusi aktiviti Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan, Cikgu Dzulkifli Asrih
Guru Besar bersama dengan PK 1, PK HEM, dan PK Kokum
Pelbagai acara yang telah dipertandingkan sama ada semasa dalam bulan Kemerdekaan iaitu Pertandingan Kolaj dan Pertandingan Kelas Patriotik. Semasa majlis itu dilangsungkan antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Koir dan juga Pakaian Beragam (Kategori Baju Etnik dan Baju Raya).
Para peserta yang mengambil bahagian dalam Deklamasi Sajak
Pertandingan Koir Patriotik
Pertandingan Baju Etnik
Pertandingan Baju Raya
Juruacara majlis
Cikgu Jamiol
Cikgu Habibah
Para Hakim Pertandingan
Para peserta yang menang dalam acara-acara yang dipertandingkan
Pemenang Baju Etnik Tahap 1
Pemenang Baju Raya Tahap 1
Pemenang Baju Etnik Tahap 2
Pemenang Baju Raya Tahap 2
Pemenang Baju Etnik Terbaik Perempuan
Adik Polychristy Ivy
Pemenang Baju Etnik Terbaik Lelaki
Adik Jalson
Pemenang Baju Raya Terbaik Perempuan
Adik Norsyuhada
Pemenang Baju Raya Terbaik Lelaki
Adik Raznil
Selain daripada murid-murid, guru-guru juga dinilai melalui 'Pakaian Paling Sporting' yang dimenangi oleh Cikgu Asmah Patola dan Ust Hadzrul Fadillah Perlin.
Kategori kedua pula ialah "Pakaian Raya Terbaik "yang dimenangi oleh Cikgu Mazneh Majid bagi kategori dan sekali lagi dimenangi oleh Ust Hadzrul Fadillah Perlin.
Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan sejurus selepas berakhirnya Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan. Ucapan terima kasih Guru Besar kepada semua guru-guru yang telah bertungkus-lumus menyediakan juadah pada tengahari itu.
Pembetulan bahasa sebagai pengetahuan bersama...
BalasPadamkesilapan penggunaan "semua guru-guru".
Penggunaan frasa `semua` menunjukkan bilangan banyak bagi benda dan ramai bagi manusia. Justeru, jika frasa "semua" bertemu dengan kata bilangan atau perkataan yang menunjukkan bilangan banyak atau ramai, maka kata bilangan tersebut tidak boleh digandakan. Jika digunakan juga perkataan tersebut, penggunaan kata semua tidak perlu digunakan.
Contoh 1:
Semua murid perlu beratur sebelum dan selepas pergi ke Pusat Sumber.
Contoh 2 :
Murid-murid perlu beraur sebelum dan selepas pergi ke Pusat Sumber.